Buat bakal guru sekalian...
Set Induksi??apa tu??..Set induksi merupakan satu set pembelajaran bagi memulakan sesuatu pelajaran yang melibatkan sebarang idea, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi pelajaran. Oleh yang demikian, setiap guru perlu merancang set induksi yang menarik dan mempunyai kaitan dengan topik yang ingin diajar pada kelas itu. Tempoh masa bagi setiap set induksi ini adalah 5minit dan paling lama 10 minit sahaja bagi setiap kelas.
Salah satu cara adalah dengan menayangkan video yang menarik seperti 'bangau oh bangau'. Ini merupakan satu kaedah yang boleh digunakan oleh seorang guru bagi menarik perhatian pelajar. terdapat banyak lagi kaedah yang boleh digunakan bagi sesi set induksi ini.
#SelamatBeramal..=D