Islam Ornamental Art

Rancangan Pengajaran Harian


Rancangan Pengajaran Harian (Berpusatkan Guru)
Sekolah : Sekolah Menengah Teknik Jengka
Tarikh : 13 March 2013 Tingkatan : 4 PKE 3
Masa : 8.40 – 10.00 Pagi ( 80 Minit )
Kehadiran :  30/30 0rang
Topik  : Unit 8 Isometrik.


Hasil Pembelajaran :
  1.                 Pelajar dapat memahami konsep lukisan isometrik.
  2.         Pelajar dapat mengenali ciri lukisan isometrik. 
  3.                 Pelajar dapat membuat lukisan isometrik mengikut kaedah kotak dan kaedah rangka. 

 Pengetahuan Sedia ada :
  1.       Setiap pelajar telah menguasai lukisan ortografik.

   Bahan Bantu Mengajar :
  1.             Slide show
    2.      Klip video lukisan isometrik.
Langkah Pembelajaran :
Langkah
Kandungan
Aktiviti Pembelajaran
Bahan / Nota

Guru
Pelajar

Set   
 Induksi
5 minit
(8.40-
8.45am)

     Menarik 
     perhatian 
     pelajar terhadap
     isi pembelajaran

1.    Memaparkan klip video objek 3D yang mempunyai sudut pandangan isometrik.

1.     Melihat dan memberi gambaran mengenai topik isometrik.
     BBM
1.      Klip video.

     Langkah 1
15 minit
    ( 8.45-9.00 )

 Pengenalan kepada konsep lukisan isometrik.

1.    Guru menerangkan objektif pembelajaran.
2.    Guru menerangkan konsep lukisan merangkumi sudut unjuran lukisan dan paksi isometrik.

3.    Guru menguji kefahaman pelajar mengenai konsep isometrik dengan menggunakan kotak yang dibawa.

4. Pelajar dibahagikan  kumpulan
Ø  Pemulihan
Ø  Penggayaan
Ø  Peneguhan

  
1.         Pelajar memberi tumpuan dan respon berkenaan topik  yang guru bincangkan.

2.      Pelajar menjawab  pertanyaan guru dan membuat demotrasi dihadapan pelajar lain.

     BBM
1.      Slideshow.
2.      Kotak.


     Kaedah
    1.      Pembelajaran langsung.
     2.      Demotrasi.
     3.      Masteri.

Langkah 2
10 minit
( 9.00 –
 9.10)

  Ciri-ciri lukisan isometrik.

1.    Guru menunjukan perbezaan antara garisan isometrik dan bukan isometrik, sudut dalam isometrik.
2.    Guru menunjukkan bulatan dalam isometrik. Guru bertanyakan kepada pelajar bentuk bulatan adakah bulat jika berada pada sudut isometrik.
3.    Menerangkan lengkung dalam isometrik dan arah pandangan dan menyediakan soalan kepada pelajar bagi menguji kefahaman arah pandangan lukisan isometrik.


1.  Pelajar memberikan tumpuan semasa pembelajaran.
2.      Pelajar memberi respon berdasarkan pertanyaan daripada guru.


3.      Pelajar menjawab berdasarkan soalan yang ditanyakan secara lisan.
     BBM
1.      Slide show.


     Kaedah
      1.      Masteri.

     Nilai
    1.      Keyakinan diri.
      2.      KBKK.

   Langkah 3
20 minit
    ( 9.10 – 9.30 )

1.      Membina lukisan isometrik mengikut kaedah kotak.
.


1.    Guru memberikan penerangan cara-cara untuk membina lukisan isometrik dengan menggunakan kaedah kotak.
2.    Guru membuat contoh dihadapan bagi proses pembinaan lukisan isometrik dengan menggunakan kaedah kotak.
3.    Guru mengarahkan pelajar untuk membuat latihan bagi kaedah ini.

1.  Pelajar memberikan tumpuan semasa proses penerangan.
2.         Pelajar memerhati setiap langkah yang ditunjukkan dan boleh bertanya jika tidak faham.
3.         Pelajar mebuat latihan bagi kaedah kotak.
     BBM
1.      Slide show.

     Kaedah
1.      Demotrasi.
2.      Masteri.
    Langkah 4
20 minit
    (9.30-9.50)
1.      Membina lukisan isometrik mengikut kaedah rangka.
1.      Guru menerangkan langkah-langkah untuk membina lukisan isometrik dengan menggunakan kaedah rangka.
2.      Guru membuat contoh lukisan isometric yang menggunakan kaedah rangka.
3.      Guru mengarahkan pelajar untuk membuat soalan yang diberikan bagi menguji kefahaman pelajar.
1.      Pelajar memberi tumpuan semasa guru memberi penerangan.
2.      Semua pelajar menjawab soalan dan membuat latihan yang diberikan.
     BBM
1.      Slide show.

     Kaedah
1.      Demotrasi.
2.      Masteri.

Penutup
10 minit
  ( 9.50 – 10.00 )


1.    Guru membuat refleksi dan kesimpulan tentang perkara yang dipelajari








2.    Guru merumuskan perkara yang telah dipelajari.

1.         Pelajar akan disoal beberapa soalan untuk kefahaman berkenaan topik yang dibincangkan.

2.         Pelajar diminta untuk melontarkan idea atau pandangan mereka berkenaan topik isometrik.

3.          Pelajar mendengar dan membuat rumusan berkenaan topik tersebut.



 
   
   Strategi P&P : Pengajaran Langsung, Demotrasi dan Masteri.
   Pendekatan Pembelajaran : Kaedah Berpusatkan Guru.
   Refleksi: ........................................................................................................
.........................................................................................................................


No comments:

Post a Comment